Bersama Bupati beserta ibu setelah peringatan Maulid Nabi Muhammad SAW 1435 H

Bersama Bupati beserta ibu setelah peringatan Maulid Nabi Muhammad SAW 1435 H

Sabtu, 15 Maret 2014

Sembahyang Jamak
- Nur Jannah, JB
Jawapan: Saudara diberi kemudahan untuk jamak dan qasar sembahyang apabila musafir sejauh lebih kurang 100km atau lebih dengan tujuan yang diharuskan seperti berniaga, menziarah kaum keluarga, dan sebagainya. Bukan musafir yang bertujuan maksiat atau tanpa tujuan atau semata-mata untuk melakukan jamak atau tanpa sebarang tujuan.
Ada dua cara jamak iaitu jamak takdim - sembahyang kedua (asar atau isyak) dikerjakan dalam waktu yang pertama seperti asar dikerjakan waktu zohor atau isyak waktu maghrib. Jamak takhir pula ialah solat zohor atau maghrib dikerjakan dalam waktu yang kedua (asar atau isyak).
Jamak takdim diharuskan dengan beberapa syarat iaitu niat jamak dalam sembahyang pertama, bertertib ertinya zohor atau maghrib didahulukan daripada asar atau isyak. Sebab itu kalau terbalik umpamanya jika asar dilakukan dahulu daripada zohor, atau isyak dulu barulah maghrib, maka hendaklah diulangi sembahyang yang kedua tadi kerana bukan waktunya lagi cuma dibolehkan kerana mengikut solat yang pertama sahaja atau solat pertama tadi terbatal maka yang kedua tadi kena diulangi juga.
Ketiga: Muwalat atau berturut-turut antara dua sembahyang tersebut jikalau panjang perceraiannya sekalipun terlupa, wajib ditakhirkan sembahyang yang kedua kepada waktunya dan dibenarkan diselangi dengan perceraian yang sedikit pada pandangan umum (uruf) tetapi boleh diselangi dengan iqamah kerana ia termasuk dalam urusan yang berkaitan dengan solat itu sendiri.
Syaikhan ada meriwayatkan daripada Usamah bahawa baginda bila sembahyang jamak terus melakukan solat zohor dan diiringi dengan asar tanpa perceraian masa yang terlalu lama dan meninggalkan sunat rawatib antara kedua-dua solat tadi. Baginda mengiqamah antara kedua-duanya dan kalau terbatal solat yang pertama maka wajib diulangi kedua-duanya.
Adapun qasar itu ialah meringkaskan solat yang bilangan rakaatnya empat dibuat dua rakaat sahaja seperti zohor, asar, dan isyak. Maka kemudahan (jamak dan qasar) tadi dibenarkan selama tiga hari sekalipun semasa berhenti dan ini tidak dikira hari masuk dan keluar dari sesuatu tempat itu. Tetapi kalau diniatkannya untuk berhenti lebih dari empat hari maka terputuslah perjalanan itu pada masa itu juga. Kalau tanpa niat apa-apa, maka hilanglah kemudahan itu (jamak dan qasar) selepas tiga hari. Ini berdasarkan hadis riwayat Syaikhan yang bermaksud: Hendaklah bermukim (berhenti) orang muhajir orang yang telah berhijrah itu di Mekah selepas selesai ibadat hajinya selama tiga hari sahaja. Wallahualam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Translate